Monday, May 24, 2010

Notis Penamatan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Jerai Security Sdn Bhd)

Tuan/Puan,

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Kawasan Kejiranan BSP Zon A yang dijalankan oleh Pihak Jerai Security Sdn Bhd tidak lagi menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diberikan kepada mereka.

Diatas rungutan dan pandangan daripada penduduk kejiranan BSP Zon A yang telah melanggani perkhidmatan Kawalan keselamatan tersebut. Maka atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan persatuan terhadap perkara ini, dimaklumkan mulai bulan Mei 2010, Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang dijalankan oleh Pihak Jerai Security Sdn Bhd dianggap telah ditamatkan memandangkan tiada lagi kawalan keselamatan dan rondaan yang dijalankan.

Pihak Persatuan Penduduk BSP (Zon A) menasihatkan kepada penduduk yang melanggani perkhidmatan ini, tidak lagi membuat apa-apa bayaran perkhidmatan kepada sesiapa sahaja wakil, pengawal yang membuat rondaan atau yang mewakili syarikat tersebut kerana pihak persatuan telah menganggap perkhidmatan kawalan ini telah ditamatkan dan pihak persatuan tidak mempunyai apa-apa urusan atau hubungan dengan pihak syarikat terbabit.

Sekian, dimaklumkan.

Cadangan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra (BSP) 2010

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra (BSP) 2010 bercadang
untuk mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk BSP pada tarikh dan waktu seperti berikut:-

Tarikh Cadangan : 27 Jun 2010

Masa : 10 pagi

Tempat : Padang Bola Sepak (BSP)


Tuan/Puan adalah dijemput hadir dan sebarang cadangan dan pandangan daripada orang ramai di alu-alukan.Jika Tuan/Puan ingin berbakti dan menyumbang tenaga kepada para penduduk BSP dialu-alukan untuk menyertai PPBSP.

Sebarang pindaan tarikh, masa dan tempat mesyuarat akan dimaklumkan kemudian.

Gotong Royong Perdana (Pembukaan Padang Bola Sepak BSP)




















Tuan/Puan,


MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA BAGI PEMBUKAAN PADANG BOLA SEPAK BANDAR SAUJANA PUTRA


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Satu majlis gotong royong perdana dalam menjayakan pembukaan padang bola sepak di Bandar Saujana Putra akan diadakan pada tarikh dan waktu seperti berikut:-


Tarikh : 6 Jun 2010 (Ahad)


Waktu : 9.00 pagi – 12.00 tengahari


Tempat : Tapak Padang Bola Sepak

Jalan Utama BSP Sebelah Perumahan (Lavender)


Sehubungan itu tuan/puan dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan gotong royong perdana ini dalam mengeratkan lagi hubungan perpaduan kita di kalangan penduduk Bandar Saujana Putra.




Tuesday, February 23, 2010

Kuliah Maghrib @ Surau An-Nur



Assalamualaikum W.b.t

Muslimin dan Muslimat penduduk BSP..

Satu kuliah maghrib akan diadakan di Surau An-Nur bersempena dengan majlis sambutan Maulidur Rasul bagi Surau An-Nur BSP.Tarikh dan masa majlis ceramh tersebut diadakan adalah seperti berikut:-

Tarikh: 25 Februari (Khamis) mlm Jumaat

Masa : 7.45mlm (selepas solat Maghrib)

Penceramah: Ustaz Zulfakar


Insya allah pada setiap minggu seterusnya ustaz zulfakar ini akan terus mengadakan kuliah maghrib disurau An-Nur pada setiap Khamis malam jumaat dengan lebih fokus kepada Tafsir Al-Quran...

Oleh itu...Mulimim dan muslimat penduduk BSP sekleuarga di jemput hadir bagi mengimarahkan lagi majlis serta dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kita...amin...wassalam...

Thursday, February 11, 2010

Tanah Perkuburan Islam Bagi Penduduk BSP




Salam...

Satu mesyuarat antara Surau-surau yang terdapat di BSP iaitu Surau An-Nur (Jln 4), Surau Al-Hidayah (Jln 7), Surau Al-Mukmin (Pangsapuri), dan Surau Al-Hijrah (Pangsapuri Kos Rendah)serta wakil Biro Khairat kematian Surau Nurul Iman (Kg.Lombong) telah diadakan pada hari selasa (9 Feb 2010) jam 9 mlm bertempat di Suaru An-Nur BSP.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, dan surat perkeliling yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Kuala Langat, semua penduduk/kariah BSP yang meninggal dunia dibenar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lombong.

Sedikit makluman tentang Tanah Perkuburan Islam Kampung Lombong:-
Telah dibuka dan digunakan secara rasmi oleh penduduk kampung lombong pada tahun 2007.Tanah perkuburan tersebut diuruskan oleh Biro Khairat Kematian Surau Nurul Iman, Kg.Lombong yang terletak di Sekyen 29, 40460 Shah Alam Selangor. Perkuburan tersebut terletak di jalan Lombong 2, diberitahu oleh Pengerusi Biro Khairat tersebut iaitu En.Abdul Manap jika tidak silap saya.

Jika tuan/puan ingin mendapatkan penerangan lanjut berhubung tanah perkuburan ini bolehlah menghubungi mana-mana AJK Biro Khairat Kematian Surau Nurul Iman seperti yang disenaraikan dibawah ini:-
1) Abdul Manap - Pengerusi Biro Khairat Kematian Surau Nurul Iman (012-3185330)
2) Saiful bin Jumali AJK (017-3117130)
3) Hj Hairi AJK (019-3187885)
4) Hj Jaafar AJK (016-9138151)
5) Hj Sairi b. Mohd Isa (014-226 5315).

AJK -AJK di atas boleh dihubungi jika berlaku sebarang kematian ahli keluarga/Kariah BSP.Kebenaran dan lokasi tapak kubur yang perlu digali akan dikendalikan oleh AJK_AJK tersebut.

Biro Khairat Kematian Surau Darul Iman juga sedia membantu menguruskan jenazah dari urusan mandi,kafan,membuat keranda, mengali lubang kubur sehinggalah jenazah dikebumikan sekiranya diperlukan.Walau bagaimana pun sekiranya ahli kariah dapat menguruskan pengurusan jenazah tersebut dari mandi hingga sembahyang adalah amat digalakkan. Ini kerana Biro Khairat kematian Surau Darul Iman tidak mempunyai bilal atau penggali kubur yang tetap sekiranya berlaku kematian. Pihak Surau Darul Iman menasihati kepada penduduk BSP jika sekiranya kematian berlaku pada hari-hari bekerja pihak mereka memohon supaya jenazah dapat diuruskan terlebih dahulu oleh ahli keluarga/kariah BSP sebelum dibawah ke Tanah pekuburan Kg.Lombong untuk dikebumikan. Ini disebabkan kesukaran/ketiadaan bilal pengurusan jenazah kerana semua ahli-ahlinya bekerja.

Sekiranya Kematian berlaku pada hari Jumaat atau hari Ahad, Pengerusi Biro memaklumkan insya allah pihak Surau Darul Iman dapat membantu menguruskan jenazah tersebut sekiranya diperlukan. Semua peralatan dan kemudahan pengurusan seperti tempat mandi mayat, cangkul dan sebagainya ada disediakan oleh pihak Surau Darul Iman. Manakala kelengkapan laian seperti Kain Kapan, Papan bagi membuat keranda boleh dipinjam terlebih dahulu daripada pihak surau sekiranya diperlukan dan kemudiannya digantikan semula selepas itu, sekirnya diperlukan oleh ahli kariah atau penduduk BSP.

Setakat ini sahaja info yang dapat diberikan berhubung perkara di atas, mudah-mudahan dapat memberi sedikit kemudahan kepada kita semua apabila diperlukan.

Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Salam....Insya Allah pada petang ini, 17 Disember 2009 bersamaan 30 Zulhijjah 1430 Hijrah, kita akan meninggalkan tahun 1430 hijrah dan melangkah ke tahun baharu 1431 hijrah. Di sini dikongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca pada petang ini Khamis, 17 Dec 2009). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, manakala doa awal tahun dibaca sebelum masuk waktu Maghrib. Insya Allah...



Doa Awal Tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

Wednesday, December 16, 2009

Sambutan Awal Muharam Surau An-Nur BSP

Tuan/Puan,

Bersempena dengan kedatangan awal muharam yang akan jatuh pada 18 Disember 2009 (Jumaat). Surau An-Nur akan mengadakan majlis sambutan Awal Muharam tersebut dengan mengadakan ceramah/tazkirah yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:-


Tarikh: 17 Disember 2009 (Khamis malam Jumaat)

Masa: 7.30 Malam (selepas Maghrib)

Penceramah: Ustaz khairi Al-Hafiz (Pndakwah Bebas)

Tempat : Surau An-Nur


Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut. Tuan/puan diminta agar dapat memaklumkan majlis ini kepada jiran-jiran terdekat tuan/puan dan penduduk BSP yang lain bagi bersama-sama meramaikan lagi majlis ini.

Makanan dan minuman disediakan....

Wednesday, November 18, 2009

Cerita Tentang Rukun Tetangga


Salam Perpaduan...Salam 1 Malaysia....

Rasanya lama dah tak ada posting baru dalam blog kita nie....masing-masing tengah sibuk agak nyer...jadi tengah ada masa free sikit ni biarlah teman cerita sedikit apa yang patut tentang rukun tetangga. Di dalam Majlis Dialog Bersama Ketua Polis Kuala Langat tempohari pun ada dibangkitkan oleh penduduk supaya kawalan keselamatan di BSP Zon A dibuat melalui skim rondaan secara sukarela (SRS) dibawah rukun tetangga. Untuk bercerita tentang lebih lanjut lagi tentang rukun tetangga..di sini kawan coretkan serba-sedikit latarbelakang dan peranan RT dalm komuniti kita supaya sama-sama dapat memahami dan mengetahui serba sedikit tentang RT kita.

Hujung minggu lepas (13 - 15 Nov 2009) , Pengerusi BSP Zon A, teman dan wakil bendahrai kita En. Ungku Azman kita telah mengikut kursus pengurusan RT yang baru diluluskan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi semua RT baru seluruh selangor.. Dibawah ini serba sedikit maklumat berkenaan RT>

SEJARAH KRT

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

KRT diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional. Penubuhan Kawasan Rukun tetangga bertujuan untuk menyatukan masyarakat setempat melalui program dan aktiviti kejiranan, perpaduan serta khidmat masyarakat. Di samping itu, sebagai mendidik masyarakat setempat bersama-sama untuk menjaga keselamatan serta keamanan khasnya di kawasan krt yang telah lulus penubuhanya.

Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga diluluskan oleh JPNIN dengan penyertaan dari kalangan ahli sukarela. Peranan SRS di setiap KRT adalah mengadakan aktiviti rondaan harian pada setiap malam atau pada hujung minggu sedikit sebanyak telah memberi keberkesanan di setiap kawasan krt serta banyak mengurangi gejala-gejala yang tidak sihat samada dari segi jenayah, sosial dan sebagainya.



Setiap KRT memainkan peranannya dan berusaha mempelbagaikan aktiviti dan program khas untuk para penduduk setempat melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta serta NGO-NGO yang lain.

Selaras dengan perkembangan semasa yang memerlukan komitmen jangka panjang, setiap KRT perlu menubuhkan beberapa biro yang diharap dapat memperkasakan perpaduan serta khidmat masyarakat kepada penduduk setempat.

BORO-BIRO RT

Antara biro-biro yang ditubuhkan adalah seperti berikut :-
1. BIRO JIRAN MUDA - Menyelaras aktiviti dan program remaja
2. BIRO JIRAN WANITA - Menyelaras aktiviti dan program kewanitaan
3. BIRO JIRAN USIA EMAS - Menyelaras aktiviti dan program warga emas
4. BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN - Menyelaras aktiviti dan program keagamaan dan
kebajikan untuk pelbagai bangsadan kaum.
5. BIRO PENDIDIKAN - Menyelaras aktiviti dan program untuk anak-anak kecil, remaja,
ibubapa serta masyarakat setempat.
6. BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN - Menyelaras aktiviti dan program sukan dan
kebudayaan untuk masyarakat setempat.
7. BIRO KESELAMATAN - Menyelaras segala hal berhubung yang berkaitan dengan keselamatan masyarakat ,SRS dan ketika perlaksanaan aktiviti dan program KRT
8. BIRO PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN AWAM - Mengkordinasi dan menyelaras hubungan KRT dengan agensi dan NGO didalam melaksanakan sebarang program kemasyarakatan
9. BIRO ICT & MULTIMEDIA - Menyelaras segala penerangan, hebahan, cetakan dan maklumat pada masyarakat setempat.
10. BIRO LOGISTIK - Menyelaras segala keperluan untuk sebarang aktiviti dan program KRT di samping menjaga keselamatan harta hakmilik KRT.


Bersambung di post berikut nyer.....

Thursday, October 15, 2009

Jamuan Hari Raya Surau An-Nur BSP(Zon A)

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Surau An-Nur akan diadakan pada 18 Oktober 2009 (Ahad) bermula jam 6.30petang bertempat di Surau An-Nur BSP, No 45 Jln SP 4/16 Bandar Saujana Putra.Berikut merupakan atucara majlis jamuan tersebut yang telah dirancang oleh AJK Surau.


Aturcara Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Surau An-Nur Bandar Saujana Putra
18 Oktober 2009 (Ahad)

10pg – 6.00ptg : Majlis gotong-royong untuk memasak hidangan utama jamuan
(satay,nasi impit, rendang ayam, bihun goreng, roti john)

6.30ptg-7.00mlm : Ketibaan/Kedatangan ahli kariah dan para jemputan ke Surau An-Nur

7.00 – 7.15mlm : Solat Maghrib (berjemaah)

7.15 – 7.35mlm : Solat Hajat, Tahlil dan Doa Selamat

7.35 – 8.15mlm : Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri

8.15 – 8.30mlm : Solat Isyak (berjemaah)

8.30 – 9.45mlm : Sambungan Jamuan Hari Raya Aidilfitri

9.45 – 10.00mlm : Bersurai

Menu Hidangan: Satay, Lemang, Nasi Impit, Bihun Goreng, Roti John, Aneka Kuih-Muih, Buah Durian & Tembikai dan lain-lain..

Majlis ini akan diadakan secara gotong-royong dan pot-luck. Segala sumbangan makanan dan kuih-muih daripada tuan/puan amatlah dialukan-alukan bagi menjayakan majlis tersebut.

Pihak PPBSP(Zon A) dan Surau An-Nur amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat menghadirkan diri bagi bersama-sama memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Majils ini merupakan salah satu usaha PPBSP (Zon A) dan pihak Surau An-Nur untuk memupuk hubungan siratulrahim di kalangan penduduk BSP khususnya penduduk Islam disamping mengenali dengan lebih rapat lagi diantara satu sama lain.

Hidangan enak termasuk minuman dan makanan Melayu tradisional akan disediakan. Kita berharap semua penduduk BSP yang hadir dapat menikmati jamuan yang disediakan serta bergaul mesra diantara satu sama lain bagi memeriahkan lagi suasana perayaan kita.