Monday, June 6, 2011

Pendaftaran Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT ZON A

Tuan-Tuan

Untuk Makluman,Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT ZON A telah pun diwujudkan dan ditubuhkan di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT)ZON A, Bandar Saujana Putra. SRS ini ditubuhkan bagi membuat pemantauan dan kawalan keselamatan di kawasan KRT Zon A. Ini bagi melindungi dan mencegah kejadian jenayah, unsur-unsur yang tidak sihat dan gejala sosial daripada berlaku.Disamping memastikan kawasan KRT Zon A berada di dalam keadaan selamat dan selamat dan selesa untuk didiami oleh semua warga BSP
.

Dengan adanya KRT dan SRS ini, secara tidak langsung ianya dapat mewujudkan satu komuniti penduduk yang bersatu padu, saling kenal mengenali dan bekerjasama serta dapat mewujudkan perpaduan diantara penduduk melalui aktiviti-aktiviti dan program yang diadakan.

Bagi memastikan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dapat diadakan dan berjalan dengan baik dan lancar, penyertaan dari penduduk KRT Zon A amatlah dialu-alukan khususnya kaum lelaki (ketua keluarga)bagi menyertai dan bersama-sama ahli SRS dalam melaksankan rondaan ini secara bergilir-gilir mengikut jadual bertugas yang akan ditetapkan.

Tuan-tuan yang ingin mendaftar bagi menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS)KRT ZON A bdr. Saujana Putra ini boleh menghubungi En Azmi 012-3932532/017-21104480 En.Azman 016-2520755

Sokongan dan kerjasama anda semua dalam menyertai SRS ini amat-amtalah diharapkan...

Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Untuk KRT Dan SRS

Tuan/Puan Penduduk KRT Zon A, Bandar Saujana Putra,

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Langat, telah pun meluluskan dan mengeluarkan surat edaran kepada KRT Zon A melalui surat mereka bertarikh 2 Mei 2011, mengenai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok untuk KRT Dan SRS (Skim Rondaan Sukarela) kepada semua ahli-ahli KRT dan SRS Zon A BSP.

Melalui skim insuran ini semua AJK-AJK/Ahli yang menganggotai KRT dan SRS Zon A dilindungi sepenuhnya 24jam sehari daripada sebarang kecedaraan/kemalangan/ mahupun
Kematian yang berlaku terhadap ahli KRT dan SRS Zon A, BSP.

Oleh itu, marilah kita maanfatkan kemudahan dan peluang yang telah disediakn oleh JPNIN ini untuk bersama-sama menyertai KRT dan SRS Zon A beramai-ramai bagi mengerakkan segala aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, saling kenal-mengenal diantara penduduk dan mengeratkan tali silatulrahim serta bersatu dalam mewujudkan perpaduan di kalangan semua penduduk KRT Zon A.