Friday, July 31, 2009

Aktiviti Semasa Persatuan

Untuk makluman kepada semua penduduk.AJK persatuan sedang mengedarkan borang keahlian persatuan berserta borang yuran keahlian beserta borang soal selidik mengenai penubuhan pasukan kawalan keselamatan di BSP Zon A.

Saya mewakili pihak Persatuan, mengalu-alukan dan menyeru para penduduk BSP Zon A agar dapat bersama-sama menyertai dan mengaggotai Persatuan kita..

Sesi lawatan/Ziarah rumah ke rumah telah dan sedang diadakan oleh AJK persatuan bagi mengedarkan borang keahlian disamping berkenalan diantara penduduk dan semua AJK..

Sesi lawatan ini diadakan pada setiap Ahad bermula Jam 5.00 petang mengikut lorang jalan..

Sehingga kini lorang SP 4/4 hingga SP 4/9 telah dijalankan dan akan disambung pada hujung minggu ini 1 Ogos 2009. Kepada semua penduduk..harap dapat memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya semasa sesi lawatan ini diadakan.

Wednesday, July 29, 2009

Sejarah Penubuhan PPBSP Zon A

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Menyambung kembali penulisan blog yang baru diwujudkkan ini dengan menulis tentang sejarah penubuhan persatuan penduduk bandar saujana putra Zon A.

PPBSP Zon A sebenarnya baru sahaja lagi ditubuhkan iaitu pada 25 April 2009 Di dalam mesyuarat Agung Yang Pertama yang telah diadakan di Pangsapuri Seri Saujana. Di dalam mesyuarat Agung ini telah bersetuju bahawa Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra Zon A dianggotai oleh perumahan daripada jenis Diamond, Opal, Sapphire dan Levender iaitu bermula dari Jalan SP 4/4 sehinggalah Jalan SP 4/18.

Berikut merupakan senarai AJK yang telah dilantik bagi PPBSP Zon A

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK BANDAR SAUJANA PUTRA ZON A


JAWATAN

NAMA

NO.RUMAH

NO.TELEFON

PENGERUSI

EN. NOR AZMAN BIN JAAFAR

NO 21 JLN SP 4/15

016-2520755

TIMBALAN PENGERUSI (I)

EN. MAT RADI BIN ABAS

NO 35 JLN SP 4/15

013-3670644

TIMBALAN PENGERUSI (II)

EN. RAMESH A/L KANNIAH

NO 78 JLN SP 4/15

012-2463542

SETIAUSAHA(I)

EN. MUHAMAD KHAIRI BIN ABDUL AZIZ

NO 70 JLN SP 4/16

016-6154139

SETIAUSAHA(II)

EN. MOHD KHAIRUDDIN BIN REDUZAN

NO 87 JLN SP 4/16

017-6297472

BENDAHARI (I)

EN. HAILIZAM B. YUSOF

NO 52 JLN SP 4/14

019-2410732

BENDAHARI (II)

EN. HAIRY BIN HARUN

NO 65 JLN SP 4/16

016-6434172



JAWATAN

NAMA

NO.RUMAH

NO.TELEFON

AJK JLN 4/4

EN. MUHAMAD KHOZIN

NO 8 JLN SP 4/4

012-2376044

AJK JLN 4/5

EN. ABDUL MOKHTAR

NO 2 JLN SP 4/5

019-2361233

AJK JLN 4/6

EN. ZAM ZAM BIN MAT JANI

NO 10 JLN SP 4/6

012-6253300

AJK JLN 4/7

EN. HASRULNIZAM BIN MOHD JAINI

NO 5 JLN SP 4/7

019-2733081

AJK JLN 4/8

EN. MOHAMMAD KHAIROL ANUAR

NO 6 JLN SP 4/8

019-6629249

AJK JLN 4/9

EN. MOHD JOHARI BIN IDRIS

NO 12 JLN SP 4/9

013-7945003

AJK JLN 4/10

EN. HAFIZ A.HAMID

NO 63 JLN SP 4/10

013-2510742

AJK JLN 4/11

EN. HALIMI BIN SAKIJAN

NO 62 JLN SP 4/11

019-3653547

AJK JLN 4/12

EN. ISKANDAR BAHROM

NO 66 JLN SP 4/12

019-3039189

AJK JLN 4/13

EN. SHAMSUDDIN BIN MOHD MOKTAR

NO 65 JLN SP 4/13

019-2288648

AJK JLN 4/14

EN.WAN TUCK SENG

NO 9 JLN SP 4/14

019-3211463

AJK JLN 4/15

PN. LEE SIEW PHENG

NO 29 JLN SP 4/15

012-2159003

AJK JLN 4/16

EN KHAIRULNIZAM BIN MD SAID

NO 68 JLN SP 4/16

017-3114262

AJK JLN 4/17

EN. AMRAN BIN BACHOK

NO 6 JLN SP 4/17

019-2200390

AJK JLN 4/18

EN. BALAKRISHNAN A/L PERUMAL

NO 7 JLN SP 4/18

012-3170514

Kepada penduduk-penduduk BSP Zon A, anda di alu-alukan untuk menyertai PPBSP Zon A bagi

memberi sokongan dan menjadikan taman perumahan kita satu komuniti yang mempunyai persatuan yang sekurang-kurang dapat membantu kita mengatasi masalah-masalah setempat yang dihadapi..


Ayuh kawan-kawan semua kita ramai-ramaikan dan meriah-meriahkan persatuan kita...

Untuk makluman semua..kampen mengedarkan borang keahlian persatuan sedang giat dijalankan dari rumah ker rumah...ini bagi memberi penerangan mengenai kewujudan persatuan PPBSP Zon A di samping dapat mengenali antara satu sama lain..

Pihak persatuan juga sedang mengedarkan borang soal selidik bagi penubuhan pasukan kawalan keselamatan....untuk mendapatkan maklumbalas daripada para penduduk tentang kawalan keselamatan yang akan diwujudkan nanti di perumahan kita.....

Oleh itu saya menyeru kepada para penduduk semua supaya dapat sama-sama menyokong dan berkerjasama dengan pihak persatuan dalam menjayakan setiap aktiviti yang akan dan sedang dilaksanakan oleh pihak persatuan...

Sekian,
Setiausaha

Thursday, July 23, 2009

Salam Perkenalan....

Assalmualaikum W.b.t dan Salam Sejahtera...

Berdasarkan kepada Mesyuarat Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra Zon A yang ke-3 pada 18hb Julai 2009 yang lalu, maka diwujudkan laman blog ini bagi menyalurkan apa-apa maklumat yang berguna untuk kita semua. Blog ini juga bertujuan bagi memberi peluang kepada semua penduduk Bandar Saujana Putra Zon A yang ingin menulis, menyampaikan maklumat atau membuat pegumuman,iklan atau apa-apa saja yang dapat memberi maanfaat kepada semua penduduk BSP Zon A.

Blog ini diharapkan akan dapat menjadi salah satu alat perhubungan yang boleh mengeratkan hubungan kita semua tak kira bangsa, agama, muda atau tua, kaya atau tak berapa kaya, pelajar atau pekerja, lelaki atau wanita, pemilik atau penyewa, bekerja atau tidak bekerja dan sebagainya. Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini dan yang memulakan kewujudan laman ini berharap bahawa hubungan kita semua sesama jiran akan dapat ditingkatkan dari sehari ke sehari.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan idea ke dalam blog ini, boleh berbuat demikian. Sila email kepada saya di khairi6991@gmail.com atau telefon sahaja. Idea atau maklumat yang ingin disampaikan boleh di dalam 2 bahasa dan 2 gaya bahasa iaitu english atau melayu, ...standard atau pasar. Apa yang penting adalah setiap penulisan kita perlu dijaga adab penulisannya supaya tidak menyentuh soal sensitiviti kaum dan parti politik.

sekian, terima kasih.
Muhamad Khairi
No 70 SP 4/16