Thursday, August 27, 2009

Cadangan Kawalan Keselamatan BSP Zon A

Berikut merupakan pelan cadangan kawalan keselamatan BSP Zon A yang terdiri daripada perumahan Diamond, Opal, Sapphire dan Levender. Jika sokongan dan peyertaan yang diterima daripada penduduk menggalakan, pos kawalan tetap dan kawalan keluar masuk kenderaan akan mula dilaksanakan. Ini bagi memantau dan memastikan tiada pergerakan kenderaan luar (asing) sewenang-wenangnya memasuki kawasan kejiranan BSP Zon A..

Terima kasih kepada En.Hafiz(diamond)-pakar grafik dan designer kita di atas master plan yang dilakarkan dibawah ini....



Sebarang cadangan dan pandangan berkaitan kawalan keselamatan ini amat dialu-alukan...

Sedikit Panduan Dalam Mendapatkan Syarikat Kawalan Keselamatan

Berikut adalah salinan panduan yang telah diperolehi dari pihak Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kemnterian Dalam Negeri. Mengikut penjelasan KDN, brosur ini tidak lagi digunakan kerana pertukaran nama dan penggabungan kementerian. Walau bagaimanapun peraturan dan panduan adalah masih sama dan masih berkuatkuasa. Terima kasih kepada Bro Khalid Abdul Mutalib dari Anjung Kristal Shah Alam http://anjungkristal7.blogspot.com/ di atas panduan yang diberikan ini.











Wednesday, August 26, 2009

Kawalan Keselamatan Di Kejiranan BSP Zon A Bermula 1 hb September 2009

Lanjutan dari soal selidik bagi kawalan keselamatan yang dilakukan sejak dua bulan lalu, mesyuarat AJK Persatuan Penduduk BSP Zon A, baru-baru ini memutuskan bahawa kawalan keselamatan bagi kawasan kejiranan BSP Zon A perlu disegerakan.

Statistik jenayah pecah rumah dan samun di perumahan Bandar Saujan Putra amat membimbangkan. Kejadian samun terkini yang melibatkan kecederaan mangsa dan orang awam begitu mendesak agar perlunya kawalan keselamatan di kawasan kita.

Keperluan ini juga didesak dengan kedatangan musim perayaan dimana kejadian pecah rumah dan curi sering berlaku di waktu waktu begini.

Sehubungan dengan itu, persatuan telah melantik Syarikat Jerai Security Sdn Bhd sebagai syarikat yang akan bertanggungjawab mengawal keselamatan dan menjalankan rondaan. Kawalan ini akan bermula pada 1 hb September 2009.

Pihak persatuan menyeru semua penduduk/penyewa agar memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan keselamatan keluarga dan harta benda kita terjamin dengan mendaftar menjadi ahli persatuan dan melanggan khidmat kawalan keselamatan ini. Bayaran bulanan bagi perkhidmatan ini ditetapkan pada RM30 sebulan bagi setiap rumah. Sila berhubung dengan mana-mana AJK Persatuan / wakil lorong.

Sedikit maklumat tambahan berkenaan perkhidmatan kawalan keselamatan yang telah dilantik. Sebagai permulaan kepada perkhidmatan kawalan yang disediakan, Pihak Persatuan BSP Zon A telah bersetuju perkhidmatan kawalan yang akan disediakan adalah seperti berikut:-
1)Mengadakan pengawasan menyeluruh di BSP Zon A (Diamond, Opal, Sapphire, Lavender)
2)Mengadakan rondaan pemantauan 12 jam (9.00 pagi - 9.00 malam)
3)Rondaan kawalan cegah jenayah dari rumah ke rumah.

Manakala perkhidmatan tambahan seperti di bawah hanya akan dilaksanakan tertakluk kepada kerjasama, sambutan dan sokongan yang diberikan oleh tuan/puan terhadap pelaksanaan kawalan keselamatan ini serta sumber kewangan pihak persatuan bagi menampuang pembiayaan perkhidmatan ini.
1)Mengadakan Pos Kawalan Tetap Dan Berpalang
2)Pemeriksaan kenderaan keluar masuk ke kawasan perumahan.(Dengan penggunaan Stiker
kenderaan yang sedang diedarkan oleh pihak persatuan kepada ahli-ahli persatuan)
3) Mengadakan rondaan pemantuan 24 jam.

Untuk makluman para penduduk, Buat masa kini jumlah pengawal keselamatan yang akan mengadakan rondaan adalah seramai 3 orang iaitu seorang di perumahan Diamond dan 2 orang di perumahan Opal, Sapphire dan Lavender. Kawalan dan rondaan pemantauan secara 24jam akan dilaksanakan oleh pihak keselamatan ini pada minggu perayaan (Hari Raya) nanti.

Oleh yang demikian, Pihak persatuan amat berharap semua penduduk BSP Zon A dapat menyertai dan melanggan khidmat kawalan keselamatan ini supaya perkhidmatan yang diberikan dapat ditingkatkan dari masa ke semasa dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada ahli penduduk BSP Zon A sekalian....

"KESELAMATAN KEJIRANAN KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Saturday, August 22, 2009

BAZAR RAMADHAN @ BSP ZON A

Bazar Ramadan di BSP Zon A telah di rasmikan oleh Ahli Majlis Kuala Langat En.Norazmi Mohd Tahir pada 1 Ramadan 1430 (22/09/2009).
Bazar Ramadan ini terletak di Persiaran Saujana Putra bersebelahan /Tepi Elite Highway yang berhampiran Tasik Saujana Putra. Bazar Ramadan ini disertai oleh lebih kurang 60 peniaga gerai yang menjual beraneka juadah berbuka puasa untuk memberi kemudahan dan aneka pilihan kepada para penduduk Bandar Saujana Putra.
Dengan pelancaran Bazar Ramadan ini, ia telah dapat memberi peluang dan rezeki tambahan kepada para peniaga khususnya peniaga kecil yang terdapat di Bandar Saujana Putra. Bazar ini merupakan satu tarikan baru kepada Penduduk Bandar Saujana Putra dan pengguna-pengguna lebuhraya Elite. Diharapkan Kewujudan Bazar Ramadan Bandar Saujana Putra (Dibawah kawalan Majlis Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra Zon A) akan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Suasana meriah bazaar dengan pengunjung seluruh BSP.








Antara gerai dan aneka juadah yang ada.
Kuih muih yang beraneka rasa dan warna.
Air minuman, sate, nasi ayam, lauk-pauk





Western pun ada...


Gerai En. Radi yang menjual murtabak dan roti john.





Pesanan dari dua orang Pengerusi Persatuan Penduduk - BSP Zon A dan Apartment Sri Saujana.


'Jom beramai-ramai kita memeriahkan Bazar Ramadan Bandar Saujana Putra'

Monday, August 17, 2009

Memasang Signboard Kawasan Kejiranan Persatuan Penduduk

Aktiviti di hujung minggu yang lalu.

Memasang signboard Kawasan Kejiranan Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra Zon A. Tiga buah signboard dipasang di tiga pintu masuk utama iaitu di simpang Jalan SP4/6, Jalan SP4/8, Jalan SP4/16.



Turut dipasang adalah banner sambutan bulan Ramadhan dari Surau An-Nur.







Kerja lebih mudah kerana tanah yang lembut selepas hujan sebelumnya.

"Diharapkan selepas ini, akan lebih ramai lagi penduduk yang akan mendaftar menjadi ahli persatuan."

Tuesday, August 11, 2009

Aktiviti Surau Dan Persatuan PPBSP Zon A Pada Minggu Ini

Berikut Merupakan Aktiviti Yang Akan dijalankan pada minggu ini (10-16 Ogos 2009)


15 Ogos 2009
1) Gotong-royong Surau An-Nur (9 Pagi) Surau An- Nur
2) Ziarah/lawatan rumah ke rumah bagi mengumpul dana surau dan mengedarkan borang keahlian persatuan kepada penduduk (5.00 petang)- Kumpul di Surau.
3) Tazkirah dan doa selamat sempena menyambut ramadhan (7.30petang) -Surau

16 Ogos 2009
1) Majlis pecah tanah Surau Al-Hidayah (Merangkap Masjid Sementara BSP)
Tempat -tapak surau di Jalan 6 hadapan pejabat MDKL - 10 pagi
2) Majlis Gotong-royong membersihkan kawasan perumahan Diamond - 3 petang (perumahan Diamond)
3) AJK Persatuan - Membuat petak dan nombor bazar ramadhan BSP Zon A - 5 petang

Aktiviti Persatuan Yang Sedang dijalankan:
1) Membuat Signboard (kawasan Kejiranan Persatuan)
2) Membuat Stiker Bagi Kereta dan Motor
3) Sedang Proses Penilaian Sebuat Harga Bagi Kawalan Keselamatan
4) Mengadakan Bazar Ramadhan di Jalan 4/8 Selari dengan Highaway

Aktiviti Surau An-Nur
5) Membuat Banting Bagi Mengucapkan Selamat Menyambut Ramdahan.
6) Mengadakan Kaunter Zakat Fitrah

Tuan-Tuan dialu-alukan hadir ke majlis/aktiviti yang dijalankan

Thursday, August 6, 2009

Nisfu Syaaban

Hari Nie merupakan hari nisfu syaaban...Mohon maaf banyak-banyak kepada semua ahli surau An-Nur sebab semalam sepatutnya kita buat sambutan ...

Ni dibawah serba sediakit tentang nisfu syabaan


Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Wednesday, August 5, 2009

Sepanduk atau Bunting Penduduk



Cerita pasal nak buat sepanduk dan bunting ni telah dikemukakan oleh AJK Surau An-Nur di dalam Mesyuarat Persediaan menyambut ramadhan yang telah diadakan pada 29 Julai 2009.

AJK telah setuju untuk buat sepanduk atau bunting bagi mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dari Surau An-Nur dan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh Surau An-Nur sepanjang bulan ramadhan nanti. Tu.. gambar kat atas tu merupakan contoh sepanduk yang dah di derafkan oleh Timbalan Pengerusi Surau kita En.Khairuddin.

Sebarang komen dan sebarang cadangan berkaitan sepanduk tersebut korang boleh ler hantar kan disini atau contact AJK Surau...Terlanjur nak naik kan sepanduk nie En.Khairuddin ada bertanya kepada saya sama ada sepanduk ini perlu ada lesen atau pun tidak sebelum kita nak naikkan...

Hasil risikan saya di website Majlis Daerah Kuala Langat ....saya telah downloadkan borang permohonan lesen bagi menggantung iklan atau sepanduk yang perlu diisi dan dimohon kepada pihak Majlis...well apa lagi...kena isi dan mohon ler....En.Azman (Pengerusi Surau) harap dapat teruskan dengan proses menempah sepanduk tersebut..setelah semua AJK dan ahli yang lain bersetuju dengan wording dan contoh sepanduk yang dipparkan di atas..mudah-mudahan dapat dinaikkan sebelum kita menyambut Ramadhan nanti...