Thursday, June 3, 2010

Majlis Gotong Royong Perdana (Padang Bola Sepak)



Saya mewakili Pengerusi KRT Zon A dan PPBSP ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua penduduk BSP yang telah hadir dan memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu dalam menjayakan gotong royong perdana pembukaan padang bola sepak BSP yang telah diadakan pada pagi semalam 6 Jun 2010. Semoga semangat perpaduan dan kerjasama yang wujud ini dapat dikekalkan dan diteruskan bagi menjayakan segala aktiviti-aktiviti dan program-program yang diadakan di BSP demi meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur dan pasarana di kawasan BSP kita.

Pada petang semalam juga telah diadakan permainan bola sepak bagi perasmian pembukaan kemudahan padang bola sepak tersebut kepada penduduk BSP..Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta gotong royong dan pemain bola sepak BSP..kerana tanpa sokongan dan kerjasama anda semua pasti segala perancangan dan aktiviti yang diatur tidak akan dapat dilaksanakan dan dijayakan....

SYABAS.....BSP......BAKAL MELAHIRKAN PEMAIN BOLASEPAK PELAPIS NEGARA....

Tuesday, June 1, 2010

Mari Bermain Badminton Beramai-Ramai..

Walau pun team piala thomas negara kita kecundang di dalam perjuangan mereka untuk membawa piala thomas pulang ke Malaysia..itu tidak menjadi halangan kepada kita semua untuk terus mengasah dan mencungkil bakat baru dan terpendam kita dalam sukan badminton ini...

Oleh yang demikian..bagi menyahut cabaran tersebut team badminton BSP kita yang telah diwujudkan akan terus berlatih dan bermain badminton demi melahirkan pemain-pemain badminton yang boleh mewakili BSP ke Piala Thomas kelak...BSP Boleh...

Ayuh penduduk BSP yang ingin menyertai bermain badminton yang dianjurkan oleh penduduk perumahan diamond diketuai oleh En. Mokhtar kita..aktiviti bermain badminton ini diadakan pada setiap malam minggu (sabtu) jam 10 malam di Dewan USJ 19, Belakang Carefour USJ.Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan keterangan dan maklumat lanjut daripada En.Moktar (0176200844) atau melayari laman website perumahan diamond di URL:- http://diamondsaujanaputra.blogspot.com

Ayuh kita turun bermain beramai-ramai...


Lagi Aktiviti Berbasikal Olen BSP Cycling Team

Pada pagi ahad lepas 30 Mei 2010, Team Cycling BSP telah mengadakan aktiviti mingguan meraka iaitu berbasikal di sekitar BSP sebagai salah satu aktiviti mingguan tetap yang diadakan bagi ahli-ahlinya...

Laluan kayuahan meraka pada minggu ini adalah SKVE highgway yang akan dibuka tidak lama lagi di BSP pada bulan ini menuju ke selatan penghujung highway tersebut iaitu di area Bukit Puchong. Dan dari sana Kayuhan telah diteruskan melalui laluan Puchong Utama-Puchong Prima, Taman Mas seterusnya kembali semula ke BSP....

Kepada Penduduk BSP yang ingin menyertai aktiviti ini anda dialu-alukan...boleh hubungi En. Hafiz kita (013-2510742) untuk mendapatkan penerangan dan maklumat lanjut...

Padang Bola Sepak BSP

Proses meratakan tapak padang bola sepak BSP telah diadakan pada hari ahad lepas (30 Mei 2010). Terima kasih di atas semua yang terlibat di dalam menjayakan pra-gotong royong padang bola sepak tersebut. Harap-harap nyer hujung minggu ini pada bola sepak kita akan dapat disiapkan dan dapat digunakan oleh penduduk BSP semua....

Cycling BSP Team

Berikut merupakan geng-geng cycling BSP yang telah menjalankan aktiviti mereka secara mingguan iaitu berkayuh ke Perkampungan Orang Asil yang terdapat di BSP.