Tuesday, June 1, 2010

Mari Bermain Badminton Beramai-Ramai..

Walau pun team piala thomas negara kita kecundang di dalam perjuangan mereka untuk membawa piala thomas pulang ke Malaysia..itu tidak menjadi halangan kepada kita semua untuk terus mengasah dan mencungkil bakat baru dan terpendam kita dalam sukan badminton ini...

Oleh yang demikian..bagi menyahut cabaran tersebut team badminton BSP kita yang telah diwujudkan akan terus berlatih dan bermain badminton demi melahirkan pemain-pemain badminton yang boleh mewakili BSP ke Piala Thomas kelak...BSP Boleh...

Ayuh penduduk BSP yang ingin menyertai bermain badminton yang dianjurkan oleh penduduk perumahan diamond diketuai oleh En. Mokhtar kita..aktiviti bermain badminton ini diadakan pada setiap malam minggu (sabtu) jam 10 malam di Dewan USJ 19, Belakang Carefour USJ.Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan keterangan dan maklumat lanjut daripada En.Moktar (0176200844) atau melayari laman website perumahan diamond di URL:- http://diamondsaujanaputra.blogspot.com

Ayuh kita turun bermain beramai-ramai...


No comments: