Thursday, June 3, 2010

Majlis Gotong Royong Perdana (Padang Bola Sepak)



Saya mewakili Pengerusi KRT Zon A dan PPBSP ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua penduduk BSP yang telah hadir dan memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu dalam menjayakan gotong royong perdana pembukaan padang bola sepak BSP yang telah diadakan pada pagi semalam 6 Jun 2010. Semoga semangat perpaduan dan kerjasama yang wujud ini dapat dikekalkan dan diteruskan bagi menjayakan segala aktiviti-aktiviti dan program-program yang diadakan di BSP demi meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur dan pasarana di kawasan BSP kita.

Pada petang semalam juga telah diadakan permainan bola sepak bagi perasmian pembukaan kemudahan padang bola sepak tersebut kepada penduduk BSP..Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta gotong royong dan pemain bola sepak BSP..kerana tanpa sokongan dan kerjasama anda semua pasti segala perancangan dan aktiviti yang diatur tidak akan dapat dilaksanakan dan dijayakan....

SYABAS.....BSP......BAKAL MELAHIRKAN PEMAIN BOLASEPAK PELAPIS NEGARA....

No comments: