Wednesday, May 26, 2010

Balai Polis Akan Dibuka Di BSP Pada Julai 2010




Berita ini diambil daripada web site http://diamondsaujanaputra.blogspot.com

Satu perjumpaan dengan Ketua Polis Negeri Selangor telah diadakan pada pagi ini 26 Mei 2010 bertempat di Rumah Contoh LBS dan Lot Kedai tapak Balai Polis yang telah diperuntukkan oleh pihak LBS. Hasil daripada perjumpaan tersebut Alhamdulillah Balai Polis akan dibukan di BSP Insya Allah pada bulan Julai nanti.

Statement ini adalah berdasarkan perbincangan diantara Dato' Daniel Lim ( LBS ),
Datuk Khalid Abu Bakar (Ketua Polis Negeri Selangor) dan juga En. Shamsudin Salleh
(Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra).Kawasan yang di wartakan untuk Balai Polis adalah di lot kedai Zon A.

Dalam perbincangan tersebut Pihak LBS menyatakan akan menganggung kos pembinaan Balai Polis berkenaan. Terima Kasih Kepada Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra dan persatuan-persatuan lain yang terlibat menjayakan perbincangan ini.

Sekian, dimaklumkan.


No comments: