Tuesday, October 13, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri..


Masyrakat Malaysia memang sudah sinonim dengan rumah terbuka atau 'Open House' semasa Hari Raya. Rumah Terbuka terbuka sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk sambutan deepavali, tahun baru cina, hari natal dan paling istimewa pada sambutan Aidilftri sepanjang bulan Syawal.

Pada perayaan seperti ini, tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga seluruh lapisan dan berbagai generasi masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim buat pemimpin masyarakat, individu , persatuan ataupun pertubuhan-pertubuhan. Ia bagi memupuk semangat kekeluargaan, menjana kemesraan, mengeratkan silaturahim disamping dapat menyucikan hati dengan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Rasanya tidak lengkap tanpa mengadakan rumah terbuka kerana ianya melestarikan warisan tradisi sejak turun temurun yang dapat dipertahankan sehingga kini.

masyrakat Islam di negara ini sama ada yang kurang berada atau berada akan mengadakan rumah terbuka mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang menarik berbagai hidangan makanan, minuman termasuk kuih muih, makanan ringan , berat serta berbagai jenis dan rasa makanan yang enak termasuk lemang, ketupat, rendang, selain kuih tradisional sama ada kuih bulan , kuih bahulu atau maruku akan kita temui di rumah terbuka.

Malah rumah terbuka juga memberi makna besar kepada masyarakat di negara ini mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelak sebarang prejudis kepada keharmonian hubungan kaum. Ia juga dilihat sebagai satu petemuan yang melupakan kepada pertentangan pendapat, berbeza ideologi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkag atau ahli kerajaan.


Itulah keindahan konsep rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung ke rumah terbabit tanpa sebarang halangan dan kekangan yang harus dibimbangi.

Nikmat syawal juga nyata paling bernilai buat masyarakat islam di negara ini, berikutan amalan rumah terbuka adalah pentas untuk bertemu, berkenal mesra mahupun menjamu tetamu bagi mensyukuri rezeki yang diterima.Yang jelas amalan ini juga menjadi medan untuk antara tetamu dan penganjur untuk lebih mengenali secara istimewa termasuk anak-anak rakan, isteri serta keluarga masing-masing berikutan kebiasaan pertemuan antara mereka hanya terhad di pejabat atau di lokasi pekerjaan .

Semoga amalan kita mensyukuri nikmat apa yang kita terima dengan rezeki melimpah ruah sepanjang Ramadan dan Syawal dipulangkan dengan pahala yang besar, serta keberkatan daripadaNya.Tidak dapat dinafikan inilah keistimewaan Aidilfitri dalam bulan Syawal yang tidak diperolehi dalam bulan-bulan yang lain, berikutan di bulan inilah kita dapat berjumpa dan berkenal-kenalan, selain bertemu saudara yang jauh sambil bermaaf-maafan dengan melupakan persengketaan untuk dileraikan dengan ikatan persaudaraan yang sejati.

Simboliknya, Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai jambatan mengeratkan tali persaudaran dan menjalin ikatan perpaduan antara kaum ke arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni.Fenomena seumpama itu, amatlah perlu dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar malah tanpa konsep rumah terbuka hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi akan datang


Ayuh semua kita kunjung mengunjung mengambil kesempatan syawal yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk menziarahi dan saling bermaaf-maafan diantara satu sama lain...

Kami di PPBSP (Zon A) menyeru dan mengalu-alukan semua segala aktiviti-aktiviti kemasyarakatan diadakan terutamanya seperti open house diadakan di Bandar Saujana Putra Ini...Pihak PPBSP (Zon A) akan cuba mengadakan majlis sambutah hari raya dan depavali dalam masa terdekat ini.. Sokongan dan kerjasama semua penduduk PPBSP (Zon A) dalam menjayakan aktiviti ini amatlah diharapkan....

No comments: