Monday, September 14, 2009
Panduan/Tips Meninggalkan Rumah Balik Raya...
Tradisi `balik kampung‘ untuk berhari raya bersama keluarga dan sahabat handai adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setiap tahun.
Namun keghairahan untuk bercuti lazimnya akan membuatkan kita alpa atau terlupa sesuatu yang mudah tetapi penting dalam memastikan ketenteraman minda semasa berada di kampung halaman.
Beberapa perkara seperti keselamatan harta benda yang ditinggalkan serta aspek kebersihan perlu dipertimbangkan. Bagi membantu memastikan anda dapat bercuti dalam suasana tenang dan ceria, amatilah beberapa panduan berikut sebelum pulang ke kampung.
1) Memaklumkan Balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda. (Borang Meninggalkan Rumah Pihak Polis) akan diedarkan AJK Lorong kepada penduduk BSP Zon A
2)Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan. (Memasang alarm kepada yang berkemampuan)
3)Memasang lampu di hadapan & belakang rumah. Sebaiknya lampu yang ada sensor atau timmer.
4)Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
5)Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
Memaklumkan kepad jiran bahawa anda balik kampung, terutama kepada jiran yang bukan beragama Islam.
6) Lakukan pemeriksaan terakhir dengan memastikan semua pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau.
7)Pastikan semua peralatan dan perkakasan elektrik dimatikan, gas memasak ditutup bagi mengelakkan berlakunya kebakaran.
8)Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
9)Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.
10)Jangan tinggalkan wang atau barang-barang kemas dalam rumah. Bawa bersama anda atau simpan dalam bank atau peti besi keselamatan anda.
Semoga dengan beberapa tips dan panduan yang diberikan kita dapat pulang bercuti raya dalam keadaan tenang dan aman..mudah-mudahan bila kita pulang semula nanti rumah dan harta benda kita selamat dan semoga kita bergembira menyambut raya nanti....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment