Monday, September 14, 2009

Panduan Keselamatan Di Musim Perayaan



Amalan tradisi balik kampung pada musim perayaan atau Hari Raya adalah satu amalan yang baik. Ia menghidup dan mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan yang dituntut oleh agama Islam.Bagi anak perantau , lambaian desa kian meruntun perasaan untuk pulang bertemu ayah, ibu dan sanak saudara menjelang Aidilfitri.Hubungan yang jauh dapat dieratkan dan sama-sama memohon kemaafan.

Hari khamis ini dijangka orang ramai akan berpusu-pusu balik ke kampung dan jumaat pula pasti kesesakan jalan raya akan bertambah teruk.

Berikut adalah 8 petua keselamatan jalan raya yang anda harus tahu dan patuhi semasa memandu pulang ke kampung..

1.Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
2.Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3.Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4.Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5.Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6.Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7.Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8.Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Selain itu pastikan kereta tuan/puan selamat untuk dipandu..tayar tak botak, alligment dah dibuat, enjin telah di servis dan segalanya berada dalam keadaan yang baik supaya pemanduan tidak terganggu. Dan yang penting sekali eloklah dirancang perjalanan bagi mengelakkan keadaan tergesa-gesa dan mengelakkan kesesakan di jalan raya.....

Pepatah Arab...Ada Menyebut .....
Pandu dengan berhati-hati, ingatlah orang yang tersayang di kampung.
Dan Yang terakhir sekali.....
Jangan lupa bayar zakat fitrah...kepada yg belum bayar lagi....

Wassalam...Selamat Hari Raya.....Maaf Zahir Batin...

No comments: