Thursday, July 23, 2009

Salam Perkenalan....

Assalmualaikum W.b.t dan Salam Sejahtera...

Berdasarkan kepada Mesyuarat Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra Zon A yang ke-3 pada 18hb Julai 2009 yang lalu, maka diwujudkan laman blog ini bagi menyalurkan apa-apa maklumat yang berguna untuk kita semua. Blog ini juga bertujuan bagi memberi peluang kepada semua penduduk Bandar Saujana Putra Zon A yang ingin menulis, menyampaikan maklumat atau membuat pegumuman,iklan atau apa-apa saja yang dapat memberi maanfaat kepada semua penduduk BSP Zon A.

Blog ini diharapkan akan dapat menjadi salah satu alat perhubungan yang boleh mengeratkan hubungan kita semua tak kira bangsa, agama, muda atau tua, kaya atau tak berapa kaya, pelajar atau pekerja, lelaki atau wanita, pemilik atau penyewa, bekerja atau tidak bekerja dan sebagainya. Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini dan yang memulakan kewujudan laman ini berharap bahawa hubungan kita semua sesama jiran akan dapat ditingkatkan dari sehari ke sehari.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan idea ke dalam blog ini, boleh berbuat demikian. Sila email kepada saya di khairi6991@gmail.com atau telefon sahaja. Idea atau maklumat yang ingin disampaikan boleh di dalam 2 bahasa dan 2 gaya bahasa iaitu english atau melayu, ...standard atau pasar. Apa yang penting adalah setiap penulisan kita perlu dijaga adab penulisannya supaya tidak menyentuh soal sensitiviti kaum dan parti politik.

sekian, terima kasih.
Muhamad Khairi
No 70 SP 4/16

No comments: