Friday, July 31, 2009

Aktiviti Semasa Persatuan

Untuk makluman kepada semua penduduk.AJK persatuan sedang mengedarkan borang keahlian persatuan berserta borang yuran keahlian beserta borang soal selidik mengenai penubuhan pasukan kawalan keselamatan di BSP Zon A.

Saya mewakili pihak Persatuan, mengalu-alukan dan menyeru para penduduk BSP Zon A agar dapat bersama-sama menyertai dan mengaggotai Persatuan kita..

Sesi lawatan/Ziarah rumah ke rumah telah dan sedang diadakan oleh AJK persatuan bagi mengedarkan borang keahlian disamping berkenalan diantara penduduk dan semua AJK..

Sesi lawatan ini diadakan pada setiap Ahad bermula Jam 5.00 petang mengikut lorang jalan..

Sehingga kini lorang SP 4/4 hingga SP 4/9 telah dijalankan dan akan disambung pada hujung minggu ini 1 Ogos 2009. Kepada semua penduduk..harap dapat memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya semasa sesi lawatan ini diadakan.

No comments: