Wednesday, August 26, 2009

Kawalan Keselamatan Di Kejiranan BSP Zon A Bermula 1 hb September 2009

Lanjutan dari soal selidik bagi kawalan keselamatan yang dilakukan sejak dua bulan lalu, mesyuarat AJK Persatuan Penduduk BSP Zon A, baru-baru ini memutuskan bahawa kawalan keselamatan bagi kawasan kejiranan BSP Zon A perlu disegerakan.

Statistik jenayah pecah rumah dan samun di perumahan Bandar Saujan Putra amat membimbangkan. Kejadian samun terkini yang melibatkan kecederaan mangsa dan orang awam begitu mendesak agar perlunya kawalan keselamatan di kawasan kita.

Keperluan ini juga didesak dengan kedatangan musim perayaan dimana kejadian pecah rumah dan curi sering berlaku di waktu waktu begini.

Sehubungan dengan itu, persatuan telah melantik Syarikat Jerai Security Sdn Bhd sebagai syarikat yang akan bertanggungjawab mengawal keselamatan dan menjalankan rondaan. Kawalan ini akan bermula pada 1 hb September 2009.

Pihak persatuan menyeru semua penduduk/penyewa agar memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan keselamatan keluarga dan harta benda kita terjamin dengan mendaftar menjadi ahli persatuan dan melanggan khidmat kawalan keselamatan ini. Bayaran bulanan bagi perkhidmatan ini ditetapkan pada RM30 sebulan bagi setiap rumah. Sila berhubung dengan mana-mana AJK Persatuan / wakil lorong.

Sedikit maklumat tambahan berkenaan perkhidmatan kawalan keselamatan yang telah dilantik. Sebagai permulaan kepada perkhidmatan kawalan yang disediakan, Pihak Persatuan BSP Zon A telah bersetuju perkhidmatan kawalan yang akan disediakan adalah seperti berikut:-
1)Mengadakan pengawasan menyeluruh di BSP Zon A (Diamond, Opal, Sapphire, Lavender)
2)Mengadakan rondaan pemantauan 12 jam (9.00 pagi - 9.00 malam)
3)Rondaan kawalan cegah jenayah dari rumah ke rumah.

Manakala perkhidmatan tambahan seperti di bawah hanya akan dilaksanakan tertakluk kepada kerjasama, sambutan dan sokongan yang diberikan oleh tuan/puan terhadap pelaksanaan kawalan keselamatan ini serta sumber kewangan pihak persatuan bagi menampuang pembiayaan perkhidmatan ini.
1)Mengadakan Pos Kawalan Tetap Dan Berpalang
2)Pemeriksaan kenderaan keluar masuk ke kawasan perumahan.(Dengan penggunaan Stiker
kenderaan yang sedang diedarkan oleh pihak persatuan kepada ahli-ahli persatuan)
3) Mengadakan rondaan pemantuan 24 jam.

Untuk makluman para penduduk, Buat masa kini jumlah pengawal keselamatan yang akan mengadakan rondaan adalah seramai 3 orang iaitu seorang di perumahan Diamond dan 2 orang di perumahan Opal, Sapphire dan Lavender. Kawalan dan rondaan pemantauan secara 24jam akan dilaksanakan oleh pihak keselamatan ini pada minggu perayaan (Hari Raya) nanti.

Oleh yang demikian, Pihak persatuan amat berharap semua penduduk BSP Zon A dapat menyertai dan melanggan khidmat kawalan keselamatan ini supaya perkhidmatan yang diberikan dapat ditingkatkan dari masa ke semasa dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada ahli penduduk BSP Zon A sekalian....

"KESELAMATAN KEJIRANAN KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"