Wednesday, May 26, 2010

Balai Polis Akan Dibuka Di BSP Pada Julai 2010




Berita ini diambil daripada web site http://diamondsaujanaputra.blogspot.com

Satu perjumpaan dengan Ketua Polis Negeri Selangor telah diadakan pada pagi ini 26 Mei 2010 bertempat di Rumah Contoh LBS dan Lot Kedai tapak Balai Polis yang telah diperuntukkan oleh pihak LBS. Hasil daripada perjumpaan tersebut Alhamdulillah Balai Polis akan dibukan di BSP Insya Allah pada bulan Julai nanti.

Statement ini adalah berdasarkan perbincangan diantara Dato' Daniel Lim ( LBS ),
Datuk Khalid Abu Bakar (Ketua Polis Negeri Selangor) dan juga En. Shamsudin Salleh
(Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra).Kawasan yang di wartakan untuk Balai Polis adalah di lot kedai Zon A.

Dalam perbincangan tersebut Pihak LBS menyatakan akan menganggung kos pembinaan Balai Polis berkenaan. Terima Kasih Kepada Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra dan persatuan-persatuan lain yang terlibat menjayakan perbincangan ini.

Sekian, dimaklumkan.


PRA GOTONG-ROYONG PERDANA (PADANG BOLA SEPAK)

Tuan/Puan

Dengan segala horm
atnya saya merujuk kepada perkara di atas.


Satu majlis pra-gotong royong perdana dalam membuat persiapan awal dalam menjayakan gotong royong perdana pembukaan padang bola sepak di Bandar Saujana Putra akan diadakan pada tarikh dan waktu seperti berikut:-

Tarikh : 30 Mei 2010 (Ahad)

Waktu : 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Tapak Padang Bola Sepak

Jalan Utama BSP Sebelah Perumahan (Lavender)


Sehubungan itu tuan/puan dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan pra -gotong royong perdana ini.

Monday, May 24, 2010

Kehangatan Piala Dunia 2010....Bermula

Pasukan Manakah Menjadi Pilihan Dan Harapan Anda......


Jadual Perlawanan....Jangan Tak Tengok.....

Notis Penamatan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Jerai Security Sdn Bhd)

Tuan/Puan,

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Kawasan Kejiranan BSP Zon A yang dijalankan oleh Pihak Jerai Security Sdn Bhd tidak lagi menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diberikan kepada mereka.

Diatas rungutan dan pandangan daripada penduduk kejiranan BSP Zon A yang telah melanggani perkhidmatan Kawalan keselamatan tersebut. Maka atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan persatuan terhadap perkara ini, dimaklumkan mulai bulan Mei 2010, Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang dijalankan oleh Pihak Jerai Security Sdn Bhd dianggap telah ditamatkan memandangkan tiada lagi kawalan keselamatan dan rondaan yang dijalankan.

Pihak Persatuan Penduduk BSP (Zon A) menasihatkan kepada penduduk yang melanggani perkhidmatan ini, tidak lagi membuat apa-apa bayaran perkhidmatan kepada sesiapa sahaja wakil, pengawal yang membuat rondaan atau yang mewakili syarikat tersebut kerana pihak persatuan telah menganggap perkhidmatan kawalan ini telah ditamatkan dan pihak persatuan tidak mempunyai apa-apa urusan atau hubungan dengan pihak syarikat terbabit.

Sekian, dimaklumkan.

Cadangan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra (BSP) 2010

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra (BSP) 2010 bercadang
untuk mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk BSP pada tarikh dan waktu seperti berikut:-

Tarikh Cadangan : 27 Jun 2010

Masa : 10 pagi

Tempat : Padang Bola Sepak (BSP)


Tuan/Puan adalah dijemput hadir dan sebarang cadangan dan pandangan daripada orang ramai di alu-alukan.Jika Tuan/Puan ingin berbakti dan menyumbang tenaga kepada para penduduk BSP dialu-alukan untuk menyertai PPBSP.

Sebarang pindaan tarikh, masa dan tempat mesyuarat akan dimaklumkan kemudian.

Gotong Royong Perdana (Pembukaan Padang Bola Sepak BSP)




















Tuan/Puan,


MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA BAGI PEMBUKAAN PADANG BOLA SEPAK BANDAR SAUJANA PUTRA


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Satu majlis gotong royong perdana dalam menjayakan pembukaan padang bola sepak di Bandar Saujana Putra akan diadakan pada tarikh dan waktu seperti berikut:-


Tarikh : 6 Jun 2010 (Ahad)


Waktu : 9.00 pagi – 12.00 tengahari


Tempat : Tapak Padang Bola Sepak

Jalan Utama BSP Sebelah Perumahan (Lavender)


Sehubungan itu tuan/puan dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan gotong royong perdana ini dalam mengeratkan lagi hubungan perpaduan kita di kalangan penduduk Bandar Saujana Putra.