Tuesday, September 15, 2009

Majlis Sembahyang Sunat Aidil Fitri Di Bandar Saujana Putra

Tuan/Puan...

Kepada para penduduk BSP yang tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman bolehlah bersama-sama menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri di Surau Al-Hidayah
pada pagi hari raya nanti..Sembahyang Sunat Aidil Fitri tersebut akan diadakan pada waktu seperti berikut:-

Tempat : Surau Al-Hidayah

Masa : 8.00 pagi

Waktu : Pagi 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)

Semua umat Islam di BSP dijemput hadir untuk bersama-sama menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri dan meraikan Aidil Fitri bersama-sama penduduk BSP yang lain...

Monday, September 14, 2009

Amalan-Amalan Yang Digalakkan Sempena Sambutan Hari Raya

Setelah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dengan pelbagai ujian dan dugaan, umat Islam menyambut Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemenangan dan kejayaan.


Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri tentulah akan disambut dengan penuh meriah. Walau bagaimanapun Islam melarang umatnya membazir dan berbelanja secara berlebih-lebihan semasa menyambut hari perayaan ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”…dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan sedang syaitan itu pulaadalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (al-Israa’:26-27)

Oleh itu umat Islam mestilah menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh bermakna melakukan perkara-perkara kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara mungkar.
1)Amalan pada malam Hari Raya Aidilfitri adalah disunatkan supaya membanyakkan amalan berzikir.
2)Takbir raya eloklah dilakukan di mana sahaja dan pada sebarang waktu, sama ada selepas sembahyang fardhu, ketika menziarahi saudara-mara, menerima tetamu dan sebagainya.

Secara khususnya waktu takbir Hari Raya Aidilfitri bermula dari sejak matahari terbenam pada akhir bulan Ramadhan.

Takbir Hari Raya Aidilfitri adalah disunatkan bertakbir pada sepanjang malam hari raya tersebut sama ada dirumah, masjid,surau dan sebagainya. Di setengah kampung dan tempat, amalan bertakbir sudah menjadi kebiasaan dan tradisi yang baik yang diikuti dengan majlis tahlil serta berkunjung ke rumah-rumah jiran atau saudara-mara bagi merapatkan silatul rahim di samping menjamu hidangan yang disediakan.

3)Sembahyang sunat hari raya disyariatkan selepas hijrah. Dalam hal ini Anas bin Malik berkata; Rasulullah SAW datang ke Madinah ketika itu penduduk Madinah telah mempunyai dua hari besar yang sentiasa mereka rayakan. Lantaran itu Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan dua hari itu dengan yang lebih baik bagi kamu, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha”
(HR: Ahmad, Abu Daud, Nassa’ei dan Al-Baihaqi)



Jelaslah bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah hari kebesaran untuk mengagungkan Allah dan bersyukur atas segala nikmat dan petunjuk yang diberikan-Nya. Antara cara kesyukuran yang patut ditunjukkan ialah kesederhanaan dalam apa juga keadaan ketika menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tanpa pembaziran, boros, atau menunjuk-nunjuk.

Amalan dan nilai murni yang wajar dilakukan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri ialah menghidupkan malam dengan ibadat. Antara ibadat tersebut ialah banyakkan berzikir, istighfar,bersedekah, membaca al-Quran dan memuji kebesaran Allah SWT. Manakala amalan yang baik sebelum menunaikan sembahyang hari raya disuruh mandi bersugi (membersihkan gigi) dan memakai wangi-wangian. Disunatkan menjamah makanan sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya Aidilfitri.

Sewajarnya dalam mengerjakan sembahyang Aidilfitri atau berziarah kita disuruh memakai pakaian yang bersih dan cantik. Hassan bin Ali berkata, “Rasulullah SAW. menyuruh kami memakai pakaian yang paling bagus dan baik serta memakai minyak wangi yang paling bermutu bergantung kepada kemampuan kami”.

Amalan mulia ini haruslah digalakkan kepada umat Islam kerana ia menunjukkan kebersihan dan kegembiraan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Buraidah berkata; “Rasulullah SAW tidak berangkat menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri sebelum baginda SAW makan. Sebaliknya untuk sembahyang Aidilfitri, Rasulullah SAW tidak makan sebelum selesai mengerjakan sembahyang. Setelah selesai sembahyang, barulah Rasulullah SAW Memakan hati binatang yang telah dimasak iaitu kurbannya”.

Pelbagai amalan yang baik boleh dilakukan sempena Hari Raya Aidilfitri antaranya menggeratkan hubungan silaturahim dengan berkunjung ke rumah saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga. Menziarahi kubur juga digalakkan dilakukan pada hari raya Aidilfitri seperti yang lazim dilakukan oleh umat Islam di negara ini, sebagai mengingati mereka yang telah pergi.


Kesimpulannya, sambutan Hari Raya Aidilfitri bolehlah dilakukan mengikut tradisi dan budaya Melayu serta berlandaskan Islam dengan melakukan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri dan kemudian ziarah-menziarahi sesama sanak saudara, sahabat handai juga jiran tetangga untuk mengukuhkan silatul rahim di kalangan umat Islam dan sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah atas segala nikmat-Nya serta meraikan kejayaan menunaikan sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Kawalan Keselamatan (Tag Rumah)

Semalam AJK PPBSP Zon A telah mengadakan operasi memasang tag/plate keselamatan pengawasan kejiranan terhadap rumah-rumah penduduk BSP Zon A yang telah menyertai khidmat kawalan keselamatan BSP Zon A.

Tag/plate keselamatan rumah ini dipasang bagi memudahkan pegawal yang membuat rondaan mengenalpasti dan membuat pemantauan rondaan serta kawalan keselamatan terhadap rumah-rumah tersebut diutamakan secara lebih khusus.

Kepada penduduk BSP Zon A yang telah melanggani khidmat kawalan keselmatan, tetapi masih belum dipasang dengan tag/plate keselamatan ini dirumah mereka..bolehlah menghubungi AJK lorong anda masing-masing atau AJK PPBSP Zon A yang lain..

PPBSP Zon A menagucapan ribuan terima kasih di atas sokongan tuan/puan dalam mencegah jenayah dengan bersama-sama kami menyertai kawalan keselamatan ini...kepada penduduk yang masih belum menyertainya lagi......Jom Daftarlah sekarang.....

Panduan Keselamatan Di Musim Perayaan



Amalan tradisi balik kampung pada musim perayaan atau Hari Raya adalah satu amalan yang baik. Ia menghidup dan mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan yang dituntut oleh agama Islam.Bagi anak perantau , lambaian desa kian meruntun perasaan untuk pulang bertemu ayah, ibu dan sanak saudara menjelang Aidilfitri.Hubungan yang jauh dapat dieratkan dan sama-sama memohon kemaafan.

Hari khamis ini dijangka orang ramai akan berpusu-pusu balik ke kampung dan jumaat pula pasti kesesakan jalan raya akan bertambah teruk.

Berikut adalah 8 petua keselamatan jalan raya yang anda harus tahu dan patuhi semasa memandu pulang ke kampung..

1.Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
2.Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3.Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4.Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5.Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6.Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7.Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8.Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Selain itu pastikan kereta tuan/puan selamat untuk dipandu..tayar tak botak, alligment dah dibuat, enjin telah di servis dan segalanya berada dalam keadaan yang baik supaya pemanduan tidak terganggu. Dan yang penting sekali eloklah dirancang perjalanan bagi mengelakkan keadaan tergesa-gesa dan mengelakkan kesesakan di jalan raya.....

Pepatah Arab...Ada Menyebut .....
Pandu dengan berhati-hati, ingatlah orang yang tersayang di kampung.
Dan Yang terakhir sekali.....
Jangan lupa bayar zakat fitrah...kepada yg belum bayar lagi....

Wassalam...Selamat Hari Raya.....Maaf Zahir Batin...

Panduan/Tips Meninggalkan Rumah Balik Raya...


Tradisi `balik kampung‘ untuk berhari raya bersama keluarga dan sahabat handai adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setiap tahun.

Namun keghairahan untuk bercuti lazimnya akan membuatkan kita alpa atau terlupa sesuatu yang mudah tetapi penting dalam memastikan ketenteraman minda semasa berada di kampung halaman.

Beberapa perkara seperti keselamatan harta benda yang ditinggalkan serta aspek kebersihan perlu dipertimbangkan. Bagi membantu memastikan anda dapat bercuti dalam suasana tenang dan ceria, amatilah beberapa panduan berikut sebelum pulang ke kampung.

1) Memaklumkan Balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda. (Borang Meninggalkan Rumah Pihak Polis) akan diedarkan AJK Lorong kepada penduduk BSP Zon A

2)Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan. (Memasang alarm kepada yang berkemampuan)

3)Memasang lampu di hadapan & belakang rumah. Sebaiknya lampu yang ada sensor atau timmer.

4)Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.

5)Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
Memaklumkan kepad jiran bahawa anda balik kampung, terutama kepada jiran yang bukan beragama Islam.

6) Lakukan pemeriksaan terakhir dengan memastikan semua pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau.

7)Pastikan semua peralatan dan perkakasan elektrik dimatikan, gas memasak ditutup bagi mengelakkan berlakunya kebakaran.

8)Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.

9)Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

10)Jangan tinggalkan wang atau barang-barang kemas dalam rumah. Bawa bersama anda atau simpan dalam bank atau peti besi keselamatan anda.

Semoga dengan beberapa tips dan panduan yang diberikan kita dapat pulang bercuti raya dalam keadaan tenang dan aman..mudah-mudahan bila kita pulang semula nanti rumah dan harta benda kita selamat dan semoga kita bergembira menyambut raya nanti....

Thursday, September 10, 2009

Salam Aidil Fitri Dari Kariah Surau An-Nur BSP Zon A


PANTUN RAYA

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Kami Ahli Kariah dan Jemaah Surau An-Nur BSP Zon A ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.kepada seluruh warga kejiranan BSP Zon A..


Semoga kita semua meraikannya dengan penuh
kegembiraan di samping kaum keluarga, sanak
saudara dan rakan taulan yang dicintai dan disayangi.

Tuesday, September 8, 2009

Pos Kawalan /Pondok Pengawal


Malam tadi AJK PPBSP Zon A dengan dibantu oleh para penduduk telah berjaya mendirikan dan mewujudkan Pos Kawalan/Pondok kawalan keselamatan kita...Ini lah rupanya Pos kawalan kita yang telah dicipta oleh Arkitek kita Abg Mat Radi..

Sekalung terima kasih dan tahniah terutamanya kepada taukeh roti jhon kita Abg Mat Radi dan En.Azmi (lorong 15) di atas kerja kuat dan tukus lumus mereka untuk menyiapkan projek Pos kawalan tersebut.


Akhirnya Pos kawalan tersebut telah dapat disiapkan dalam 2 hari sahaja..bagi memberi kemudahan dan serta melancarkan lagi proses kawalan keselamatan di Kejiranan BSP Zon A kita...

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang melalui jalan masuk 4/8 akan dapat melihat Pos kawalan yang telah didirikan tersebut.....kepada tauan-tuan dan paun-puan sekali lagi saya menyeru marilah kita sama-sama menyertai skim kawalan keselamatan yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk ini dengan singah di Pos kawalan tersebut untuk mendapatkan borang peyertaan dan membuat pembayaran RM 30 sebaulan....

Wednesday, September 2, 2009

Program Ramadhan Surau An-Nur

Surau An-Nur BSP Zon A, untuk tahun kedua menganjurkan solat terawikh berjamaah sepanjang Ramadhan ini. Dijemput semua kariah hadir ke surau hingga ke akhir Ramadhan. Pihak surau telah menjemput 2 orang hafiz yang masih muda bagi mengimami solat terawikh tahun ini.
Jemaah yang hadir hingga ke bahagian luar surau. Moga kehadiran dapat dikekalkan hingga ke hujung Ramadhan.








Pihak surau juga sedia untuk menganjurkan tahlil. Bagi ahli kariah yang berhajat, boleh
berhubung dengan Pengerusi (saudara Nor Azman) atau setiausaha (saudara Khairi) surau. Borang tahlil boleh didapati di surau. Begitu juga bagi yang mahu menyumbang moreh (dalam bentuk juadah, wang sumbangan), boleh berbuat demikian dengan berhubung dengan pengerusi/setiausaha surau.

Tahlil yang diketuai oleh imam Mohamad.




Moreh selepas terawikh. Terima kasih kepada jemaah yang menyumbang juadah.










Sama-sama lah kita memakmurkan surau. InsyaAllah dengan sokongan semua, kita berharap akan dapat bangunan surau sendiri di masa depan.